HEADER JPNJ BM 180816

×

Amaran

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal



KENYATAAN SEBUTHARGA 56/2014

LogoPerhutanan

JABATAN PERHUTANAN NEGERI
JOHOR DARUL TA’ZIM

KENYATAAN SEBUTHARGA



1. Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor Bumiputra yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan masih layak serta dibenarkan untuk memasuki tawaran pada masa ini bagi melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja seperti berikut:

 

Nombor Tawaran Tajuk Projek Kelayakan
PPNJ 56/2014(IP)KH/13 Cadangan Bekal Dan Pasang Papan Tanda Arah Dan Papan Tanda Nama Pokok Di Hutan Lipur Negeri Johor Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan.

G1
CE
CE21

 

 2. Setiap kontraktor yang ingin memasuki tawaran ini diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan seperti berikut:

No.Tawaran Tempat Tarikh / Masa
PPNJ 56/2014(IP)KH/13 Ruang Legar Unit Kewangan Jab. Perhutanan Neg. Johor.

10 September 2014/
11.00 pagi

 

3. Buku Dokumen Sebutharga akan dijual di Unit Hasil Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Nusajaya dengan harga sebanyak RM 50.00 senaskah untuk setiap sebutharga dan hendaklah dibayar di dalam bentuk Wang Pos Malaysia atau Draf Bank berpalang di atas nama “PENGARAH PERHUTANAN NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM”. Bayaran secara Wang Tunai akan diterima.

4. Kontraktor yang ingin membeli Buku Dokumen Sebutharga dikehendaki membawa SIJIL PENDAFTARAN (asal) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan SIJIL PENDAFTARAN (asal) dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Wakil kontraktor yang menghadiri lawatan tapak hendaklah membawa Surat Lantikan Wakil daripada kontraktor yang asal dan salinan sijil berkaitan.

5. Borang Tawaran Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta ditulis NOMBOR SEBUTHARGA di sudut sebelah kiri bahagian atas sampul surat tersebut dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang disediakan di Jabatan Perhutanan Negeri Johor, (Unit Hasil), Tingkat 2, Bangunan Dato’ Mohamad Munsyi, 79660 NUSAJAYA.

6. Tarikh tutup bagi sebutharga ini ialah pada jam 12.00 tengah hari, 17 September 2014. Pihak Jabatan tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran.


PENGARAH PERHUTANAN NEGERI
JOHOR DARUL TA’ZIM.
Tarikh : 01 September 2014.

 

 
Penafian  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Peta Laman  |  Soalan Lazim  |  Bantuan Pengguna  |  Undian 
 Hakcipta Terpelihara (c) 2018 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Faks: 07-266 1288   Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
 Tarikh Kemaskini:
18/06/2019
  
Statistik Pelawat:

114721