HEADER JPNJ BM 180816

×

Amaran

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal



Penyelenggaraan Sempadan Luar Hutan Simpan 3

DOKUMEN NO.1

JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR
KENYATAAN SEBUT HARGA
KERJA-KERJA PEMBANGUNAN HUTAN

 

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor yang masih sah berdaftar dan berkuatkuasa pendaftarannya Kontraktor Kerja Pembangunan Hutan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Kementerian Kewangan Malaysia kod bidang 221002 (Membersih Kawasan), Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera oleh Kementerian Kewangan dan Sijil Pembangunan Hutan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi menjalankan kerja-kerja Penyelenggaraan Sempadan Luar Hutan Simpan di tempat berikut

No. Sebut Harga Hutan Simpan / Kompartmen Sepanjang (KM) Lawatan Tapak
Tarikh / Masa Tempat Berkumpul
PPNJ. 36/2014 (IP)PP/11/ SEBUT HARGA Gunung Pulai di sebahagian kompartmen 1,2,3,4,6,8 dan 10 10 Kilometer

21 Mei 2014 (Rabu )

10.30 pagi

Bilik Mesyuarat Pejabat Hutan Daerah, Johor Tengah, Kluang
Kluang Tambahan di sebahagian kompartmen 245,246,250,251,254 dan 255 10 Kilometer

Kontraktor atau wakilnya (mempunyai surat lantikan rasmi) dikehendaki membawa Sijil Asal berikut semasa lawatan tapak:

  1. Sijil Pendaftaran Kontraktor Kerja Pembangunan Hutan Dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor
  2. Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (kod bidang 221002)
  3. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera oleh Kementerian Kewangan
  4. Sijil Pembangunan Hutan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor
  5. *(sijil yang dibawa hendaklah mempunyai surat pengesahaan majikan sekiranya kontraktor tidak hadir lawatan tapak)

Dokumen sebut harga boleh dibeli semasa waktu pejabat di Kaunter Hasil, Jabatan Perhutanan Negeri Johor selepas dari tarikh lawatan tapak dengan bayaran RM 50.00 bagi setiap borang. Dokumen sebut harga hanya akan dijual kepada kontraktor yang sah hadir pada hari lawatan tapak bagi kawasan yang ditetapkan sahaja. Bayaran ini hendaklah dibuat secara. Kiriman Wang Pos atau Deraf Bank atas nama ‘PENGARAH PERHUTANAN NEGERI JOHOR’.

Borang sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dituliskan nombor tawaran di sebelah atas kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang disediakan di Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Tingkat 2, Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Nusajaya, Johor Darul Takzim.

Tarikh tutup bagi sebut harga ini ialah pada jam 12.00 tengahari, 29 Mei 2014 (Khamis)

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI,
JOHOR.

 

 

DOKUMEN NO. 2

JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR
BUTIR-BUTIR SEBUT HARGA

 

1. KAWASAN KERJA

Maklumat kawasan kerjaadalah seperti berikut :

No.Sebut Harga Hutan Simpan Sepanjang (KM)
PPNJ .36/2014 (IP) PP/11/ SEBUTHARGA Gunung Pulai di sebahagian kompartmen 1,2,3,4,6,8 dan 10 10 Kilometer
Kluang Tambahan di sebahagian kompartmen 245,246,250,251,254 dan 255 10 Kilometer

Pelan kawasan kerja akan diberikan kepada kontraktor berjaya sahaja.

 

2. BIDANG KERJA

Bidang kerja yang akan dilaksanakan dalam tawaran ini adalah meliputi:-

  1. kerja menanda kelarian sempadan luar Hutan Simpanan Kekal
  2. kerja membersih kelarian sempadan luar Hutan Simpanan Kekal
  3. (sila rujuk Lampiran I - Spesifikasi Kerja)
  4. Kerja menanda batu sempadan dengan menggunakan cat merah di permukaan dan merekodkan kedudukan Global Positioning Ststem (GPS) setiap batu sempadan yang ditemui pada borang yang disediakan.

 

3. PAPAN TANDA

Kontraktor dikehendaki menyediakan satu (1) unit papan tanda kawasan projek dan hendaklah dipasang di tempat sepertimana arahan Pegawai Pengawal atau wakilnya. Spesifikasi papan tanda adalah seperti berikut :

  1. Jenis Bahan : Gentian kaca / aluminium
  2. ketebalan : ≥ 2mm
  3. Ukuran : 2.0m x 1.0m
  4. Tiang : Besi 5cm diameter dengan klip pengikat pada papan tanda
  5. Tulisan : Hitam
  6. Latar belakang : Kuning

 

Rekabentuk papan tanda adalah seperti di Rajah 1.

 

 

 
Penafian  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Peta Laman  |  Soalan Lazim  |  Bantuan Pengguna  |  Undian 
 Hakcipta Terpelihara (c) 2018 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Faks: 07-266 1288   Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
 Tarikh Kemaskini:
22/10/2019
  
Statistik Pelawat:

132724