HEADER JPNJ BM 180816

×

Amaran

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal



Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) 2

DOKUMEN NO. 1

 

JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR
KENYATAAN SEBUT HARGA
KERJA-KERJA PEMBANGUNAN HUTAN

 

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor yang masih sah berdaftar dan berkuatkuasa pendaftarannya dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Kementerian Kewangan Malaysia (kod bidang 222104), Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera oleh Kementerian Kewangan dan Sijil Pembangunan Hutan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi menjalankan kerja-kerja Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) di tempat berikut :-

 

No.Sebut Harga Kompt. & Hutan Simpan Luas Hektar Lawatan Tapak
Tarikh / Masa Tempat Berkumpul
PPNJ 43/2014 (IP)/PP/14 Sebutharga

Kompartmen 66
H.S Gunung Arong

116.00

22 Mei 2014

10.00 pagi

Pejabat Hutan Daerah Johor Timur, Mersing.
PPNJ 44/2014 (IP)/PP/15 Sebutharga

Kompartmen 68
H.S Gunung Arong

202.00

Dokumen sebut harga boleh dibeli semasa waktu pejabat di Kaunter Hasil, Jabatan Perhutanan Negeri Johor selepas dari tarikh lawatan tapak dengan bayaran RM 50.00 bagi setiap borang. Dokumen sebut harga hanya akan dijual kepada kontraktor atau wakilnya yang sah hadir pada hari lawatan tapak bagi kawasan yang ditetapkan sahaja. Bayaran ini hendaklah dibuat secara Kiriman Wang Pos atau Deraf Bank atas nama ‘PENGARAH PERHUTANAN NEGERI JOHOR’.

Kontraktor atau wakilnya (mempunyai surat lantikan rasmi) dikehendaki membawa Sijil Asal yang sah berkuatkuasa berikut semasa lawatan tapak:

  1. Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (kod bidang 222104)
  2. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera oleh Kementerian Kewangan
  3. Sijil Pendaftaran Kontraktor dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor
  4. Sijil Pembangunan Hutan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor
  5. (sijil yang dibawa hendaklah mempunyai surat pengesahan majikan sekiranya kontraktor tidak mempunyai Sijil Pembangunan Hutan)

Borang sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dituliskan nombor tawaran di sebelah atas kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga yang disediakan di Unit Hasil dan Kewangan Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Tingkat 2, Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Nusajaya, Johor Darul Takzim.

Tarikh tutup bagi sebutharga ini ialah pada jam 12.00 tengahari, 29 Mei 2014 (Khamis).


PENGARAH PERHUTANAN NEGERI,
JOHOR.

 

 

 
Penafian  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Peta Laman  |  Soalan Lazim  |  Bantuan Pengguna  |  Undian 
 Hakcipta Terpelihara (c) 2018 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Faks: 07-266 1288   Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
 Tarikh Kemaskini:
26/06/2019
  
Statistik Pelawat:

115808