HEADER JPNJ BM 180816

×

Amaran

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal



Penyelenggaraan Sempadan Luar Hutan Simpan

LogoPerhutanan

Lampiran. 1

JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR
KENYATAAN SEBUT HARGA
KERJA-KERJA PEMBANGUNAN HUTAN

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor yang masih sah berdaftar dan berkuatkuasa pendaftarannya dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Kementerian Kewangan Malaysia (kod bidang 221002) Sub Bidang Membersih Kawasan, Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera oleh Kementerian Kewangan dan Sijil Pembangunan Hutan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi menjalankan kerja-kerja Penyelenggaraan Sempadan Luar Hutan Simpan di tempat berikut :-

No.Sebut Harga Kompt. & Hutan Simpan Jarak (KM) Lawatan Tapak
Tarikh / Masa Tempat Berkumpul
PPNJ. 21/2014 (IP)PP/8/   SEBUT HARGA Panti di sebahagian kompartmen 3,4,5 Dan   5F 10 Kilometer

21 April 2014 (Isnin)
10.00 pagi

Pejabat Hutan Renj. Kota Tinggi
Seluyut di Sebahagian PA 36764,36762, 72214,72211, 72212 dan 46373 15 Kilometer
PPNJ. 22/2014 (IP)PP/9/   SEBUT HARGA Panti di sebahagian Kompartmen 26,35,36,27 dan 28 19 Kilometer
PPNJ. 23/2014 (IP)PP/10/ SEBUT HARGA Lenggor di sebahagian Kompartmen 110,111,128,126 dan 119 19 Kilometer

22 April 2014 (Selasa)

10.00 pagi

Pejabat Hutan Renj. Lenggor, Jemaluang,Mersing

 

Dokumen sebut harga boleh dibeli semasa waktu pejabat di Kaunter Hasil, Jabatan Perhutanan Negeri Johor selepas dari tarikh lawatan tapak dengan bayaran RM 50.00 bagi setiap borang. Dokumen sebut harga hanya akan dijual kepada kontraktor atau wakilnya yang sah hadir pada hari lawatan tapak bagi kawasan yang ditetapkan sahaja. Bayaran ini hendaklah dibuat secara Kiriman Wang Pos atau Deraf Bank atas nama ‘PENGARAH PERHUTANAN NEGERI JOHOR’.

Kontraktor atau wakilnya (mempunyai surat lantikan rasmi) dikehendaki membawa Sijil Asal yang sah berkuatkuasa berikut semasa lawatan tapak:

  1. Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (kod bidang 221002)
  2. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera oleh Kementerian Kewangan
  3. Sijil Pendaftaran Kontraktor dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor
  4. Sijil Pembangunan Hutan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor
  5. (sijil yang dibawa hendaklah mempunyai surat pengesahan majikan sekiranya kontraktor tidak mempunyai Sijil Pembangunan Hutan)

Borang sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dituliskan nombor tawaran di sebelah atas kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga yang disediakan di Unit Hasil dan Kewangan Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Tingkat 2, Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Nusajaya, Johor Darul Takzim.

Tarikh tutup bagi sebutharga ini ialah pada jam 12.00 tengahari, 05 May 2014 (Isnin).

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI,
JOHOR.
10 April 2014

 

 

Lampiran. 2

JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR
BUTIR-BUTIR SEBUT HARGA

1. KAWASAN KERJA

Maklumat kawasan kerja adalah seperti berikut :

No.Sebut Harga Hutan Simpan Sepanjang (KM)
PPNJ.21/2014 (IP) PP/8/ SEBUTHARGA Panti di sebahagian kompartmen 3,4,5 dan 5F 10
Seluyut di sebahagian PA 36764,36762, 72214, 72211,72212 dan 46373 15
PPNJ.22/2014 (IP) PP/9/ SEBUTHARGA Panti di sebahagian Kompartmen 26,35,35,27 dan 28 19
PPNJ.23/2014 (IP) PP/10/ SEBUTHARGA Lenggor di sebahagian Kompartmen 110,111,128,126 dan 119 19

Pelan kawasan kerja akan diberikan kepada kontaktor berjaya sahaja.

 

2. BIDANG KERJA

Bidang kerja yang akan dilaksanakan dalam tawaran ini adalah meliputi:-

  1. Kerja menanda kelarian sempadan luar Hutan Simpanan Kekal
  2. Kerja membersih kelarian sempadan luar Hutan Simpanan Kekal(sila rujuk Lampiran I – Spesifikasi Kerja)
  3. Kerja menanda batu sempadan dengan menggunakan cat merah di permukaan dan merekodkan kedudukan Global Positioning Sistem (GPS) setiap batu sempadan yang ditemui pada borang yang disediakan.

 

3. PAPAN TANDA

Kontraktor dikehendaki menyediakan satu (1) unit papan tanda kawasan projek dan hendaklah dipasang di tempat sepertimana arahan Pegawai Pengawal atau wakilnya. Spesifikasi papan tanda adalah seperti berikut :

  1. Jenis Bahan : Gentian kaca / aluminium
  2. ketebalan : ≥ 2mm
  3. Ukuran : 2.0m x 1.0m
  4. Tiang : Besi 5cm diameter dengan klip pengikat pada papan tanda
  5. Tulisan : Hitam
  6. Latar belakang : Kuning
 
Penafian  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Peta Laman  |  Soalan Lazim  |  Bantuan Pengguna  |  Undian 
 Hakcipta Terpelihara (c) 2018 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Faks: 07-266 1288   Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
 Tarikh Kemaskini:
21/10/2019
  
Statistik Pelawat:

132573