HEADER JPNJ BM 180816

×

Amaran

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal



IKLAN TAWARAN TENDER BIL. PPNJ 1/2013(IP)

 

LogoPerhutanan

IKLAN TAWARAN TENDER BIL PPNJ 1/2013(IP) 

JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR

jatajohor

MENEBANG DAN MENGELUARKAN KAYU BALAK YANG TERLIBAT DENGAN PROJEK MEMBINA JALAN PESISIRAN PANTAI DARI MERSING KE KG. SEDILI BESAR MELALUI KAWASAN HUTAN SIMPAN TENGGAROH DAN JEMALUANG, DAERAH JOHOR TIMUR, MERSING.

 

1.0 KELAYAKAN

1.1. Tawaran secara terbuka ini adalah dipelawa kepada pembalak-pembalak yang berdaftar sebagai Pembalak secara sah dan masih berkuatkuasa dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor Darul Takzim di bawah Kelas A dan B mengikut Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Hutan 1987 untuk menebang dan mengeluarkan kayu balak di dalam kawasan yang ditawarkan.

 

2.0. LAWATAN TAPAK

2.1 Satu lawatan tapak untuk memberikan penjelasan mengenai prosedur pembalakan dan maklumat kawasan tawaran akan diadakan pada hari Isnin 12 Mac 2013 (Selasa), Jam 9.00 pagi dan tempat berkumpul ialah di Pejabat Renj Hutan Jemaluang.

2.2 Bagi Pembalak-pembalak yang memenuhi kelayakan dan berminat memasuki tawaran ini adalah DIWAJIBKAN menghadiri lawatan tapak yang ditetapkan. Sekiranya pemohon menghantar wakil, maka perlu membawa bersama surat akuan wakil daripada pembalak berdaftar.

 

3.0 BORANG TAWARAN

3.1 Penawar hendaklah menggunakan Borang Tawaran Rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Borang bersama Dokumen Tawaran dijual di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri, Johor Bahru dengan harga RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja) senaskah kepada penawar yang ingin memasuki tawaran ini sahaja. Bayaran hendaklah dibuat secara Kiriman Wang Pos atau Deraf Bank atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Johor (bayaran melalui cek persendirian/wang tunai tidak akan diterima).

3.2 Borang akan dijual selepas daripada lawatan tapak.

 

4.0 TARIKH TUTUP TAWARAN

Tarikh tutup tawaran ini ialah pada hari Selasa, 19 Mac 2013, jam 12.00 tengahari. Tawaran yang lewat tidak akan diterima.

 

5.0 BUTIRAN IKLAN

Butiran iklan boleh dilihat dipapan kenyataan Pejabat Perhutanan Negeri dan Semua Pejabat Hutan Daerah.

 
Penafian  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Peta Laman  |  Soalan Lazim  |  Bantuan Pengguna  |  Undian 
 Hakcipta Terpelihara (c) 2018 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Faks: 07-266 1288   Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
 Tarikh Kemaskini:
21/08/2019
  
Statistik Pelawat:

123731