HEADER JPNJ BM 180816

×

Amaran

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal



KENYATAAN TAWARAN PROJEK PEMBANGUNAN HUTAN III

KENYATAAN TAWARAN
PROJEK PEMBANGUNAN HUTAN
JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR

Tawaran ini dipelawa daripada Kontraktor Bumiputera yang sah berdaftar dan masih berkuatkuasa pendaftarannya dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Kelas F di bawah Kepala VI Sub-Kepala 3a, 3b, 5 atau 9 dan Sijil Kewangan Malaysia di bawah tajuk 120201 (tanaman/benih semaian) dan berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan hutan di tempat sepertimana berikut :

 

Bil.Tawaran Kawasan Kerja Aktiviti Kerja Anggaran Luas (Hektar) Sesi Taklimat & Lawatan Tapak
Tarikh / Masa Tempat Berkumpul
PPNJ 18/2012 (P) / (Tanam- P57) Blok A.Kawasan Sedili Kecil, Kota Tinggi, Daerah Johor Selatan Membekal dan Menanam Pokok Rhu Pantai 6.0 hektar 11/6/2012/10.00 pg Pejabat Renj Kota Tinggi.
PPNJ 19/2012 (P) / (Tanam- P.57) Blok B.Kawasan Sedili Kecil, Kota Tinggi, Daerah Johor Selatan Membekal dan Menanam Pokok Rhu Pantai 4.0 hektar 11/6/2012/10.00 pg Pejabat Renj Kota Tinggi

 

Buku dokumen sebut harga bagi kerja-kerja ini boleh didapati di Kaunter Hasil, Jabatan Perhutanan Negeri Johor selepas dari tarikh taklimat dan lawatan tapak dengan bayaran RM 50.00 bagi setiap borang. Bayaran ini hendaklah dibuat secara Kiriman Wang Pos atau Deraf Bank atas nama ‘PENGARAH PERHUTANAN NEGERI JOHOR’. Buku dokumen sebut harga hanya akan dijual kepada kontraktor atau wakilnya yang sah hadir pada hari lawatan tapak bagi kawasan yang ditetapkan sahaja.

Kontraktor atau wakilnya dikehendaki membawa Sijil Asal Akaun Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Pendaftaran Dengan Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Wakil kontraktor yang menghadiri lawatan tapak hendaklah membawa Surat Lantikan Wakil daripada kontraktor yang asal.

Borang tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dituliskan nombor tawaran di sebelah atas kiri sampul surat tersebut. Sila masukkan tawaran ke dalam peti sebut harga yang disediakan di Pejabat Perhutanan Negeri Johor, Tingkat 2, Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Nusajaya, Johor Darul Takzim.

Tarikh tutup bagi sebut harga ini ialah pada jam 12.00 tengahari, 25 Jun 2012 (Selasa). Pihak Jabatan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran.

PEJABAT PERHUTANAN NEGERI,
JOHOR.

 
Penafian  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Peta Laman  |  Soalan Lazim  |  Bantuan Pengguna  |  Undian 
 Hakcipta Terpelihara (c) 2018 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Faks: 07-266 1288   Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
 Tarikh Kemaskini:
22/10/2019
  
Statistik Pelawat:

132732