Follow Us: social media media social twiter social media QR Kod social media Language: Other Languages Text Size:
A+ A A-
Color: green red blue

HEADER JPNJ EN 180816

×

Warning

Copy failed.

Copy failed.

Copy failed.

Copy failed.

Copy failed.

Copy failed.

Copy failed.

Copy failed.

Copy failed.

Copy failed.



Annual Reports

JSFD Annual Reports

  •  0001 Laporan Tahunan 2014
    Perutusan Pengarah JPNJ:
    Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia, Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran ke hadarat Allah s.w.t kerana atas limpah kurnia dan dengan keizinanNya, maka Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah berjaya menerbitkan Laporan Tahunan berdasarkan maklumat kemajuan dan pencapaian Jabatan sepanjang tahun 2013. Penerbitan buku laporan ini adalah sebagai rekod penting bagi aktiviti, peristiwa dan perangkaan berhubung perkembangan sektor perhutanan di negeri ini sepanjang tahun 2014 disamping merupakan suatu kehendak di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).
  •  cover report2013 0 Laporan Tahunan 2013
    Perutusan Pengarah JPNJ:
    Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia, Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran ke hadarat Allah s.w.t kerana atas limpah kurnia dan dengan keizinanNya, maka Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah berjaya menerbitkan Laporan Tahunan berdasarkan maklumat kemajuan dan pencapaian Jabatan sepanjang tahun 2013. Penerbitan buku laporan ini adalah sebagai rekod penting bagi aktiviti, peristiwa dan perangkaan berhubung perkembangan sektor perhutanan di negeri ini sepanjang tahun 2013 disamping merupakan suatu kehendak di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).
  • laporan tahunan 2012  Laporan Tahunan 2012
    Perutusan Pengarah JPNJ:
    Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurniaNya dan dengan keizinanNya, Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah berjaya menerbitkan Laporan Tahunan berdasarkan maklumat kemajuan dan pencapaian Jabatan sepanjang tahun 2011. Penerbitan buku ini adalah sebagai rekod penting aktiviti, peristiwa dan perangkaan berhubung perkembangan sektor perhutanan di negeri ini sepanjang tahun 2011. Tahun 2011 adalah merupakan tahun pertama bagi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Sebanyak sembilan (9) projek pembangunan yang telah di laksana dalam tempoh RMK-9 yang lalu telah disusun semula dan diperluas skopnya untuk dilaksanakan bagi tempoh RMK-10. Projek-projek tersebut adalah Pengurusan Sumber Hutan, Pembangunan Sumber Hutan, Hutan Lipur dan Ekopelancongan, Infrastruktur dan Utiliti, Pemeliharaan Sumber Hutan, ICT dan K-Perhutanan, Publisiti, Latihan dan Pengembangan, Operasi dan Penguatkuasaan dan Kualiti Biji Benih dan Bahan-bahan Tanaman.
  • laporan tahunan 2011  Laporan Tahunan 2011
    Perutusan Pengarah JPNJ:
    Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurniaNya dan dengan keizinanNya, Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah berjaya menerbitkan Laporan Tahunan berdasarkan maklumat kemajuan dan pencapaian Jabatan sepanjang tahun 2011. Penerbitan buku ini adalah sebagai rekod penting aktiviti, peristiwa dan perangkaan berhubung perkembangan sektor perhutanan di negeri ini sepanjang tahun 2011. Tahun 2011 adalah merupakan tahun pertama bagi Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Sebanyak sembilan (9) projek pembangunan yang telah di laksana dalam tempoh RMK-9 yang lalu telah disusun semula dan diperluas skopnya untuk dilaksanakan bagi tempoh RMK-10. Projek-projek tersebut adalah Pengurusan Sumber Hutan, Pembangunan Sumber Hutan, Hutan Lipur dan Ekopelancongan, Infrastruktur dan Utiliti, Pemeliharaan Sumber Hutan, ICT dan K-Perhutanan, Publisiti, Latihan dan Pengembangan, Operasi dan Penguatkuasaan dan Kualiti Biji Benih dan Bahan-bahan Tanaman.

JPSM Annual Reports

  • LT2014  Laporan Tahunan 2014
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) komited secara berterusan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan negara dengan mengekalkan keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) setakat ini seluas 4.93 juta hektar. Komitmen ini diterjemahkan dengan kejayaan JPSM mengekalkan sijil Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (Natural Forest) [MC&I] bagi kelapan-lapan negeri yang menjalankan operasi pengusahasilan kayu-kayan dengan pencapaian Zero CARs (Corrective Action Requests) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan; Sijil Kualiti MS ISO 9001:2008 bagi Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal; sijil pengiktirafan kerajaan dan kepatuhan standard piawaian di mana JPSM terus mengekalkan Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 bagi Information Security Management Systems (ISMS); Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S; dan penarafan 5 bintang dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014.
  • cover2013  Laporan Tahunan 2013
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Pada tahun 2013, luas kawasan HSK yang telah diwartakan adalah seluas 4.85 juta hektar berbanding tahun 2012 seluas 4.79 juta hektar iaitu peningkatan sebanyak 0.06 juta hektar (1.3%). Ini tidak mengambil kira kawasan-kawasan Cadangan HSK seluas 0.88 juta hektar yang dalam pelbagai peringkat perwartaan. Adalah menjdai harapan JPSM untuk meningkatkan kawasan HSK di Semenanjung Malaysia sedia ada ke tahap 5.0 juta hektar.
  • JPSM2012 001  Laporan Tahunan 2012
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Tahun 2012 merupakan tahun ke-111 penubuhan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang berperanan penuh memikul tanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, JPSM berjaya memastikan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia seluas 5.79 juta hektar atau sebanyak 43.9% daripada keluasan tanah Semenanjung Malaysia. Daripada keluasan tersebut, seluas 4.89 juta hektar adalah kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 dan selebihnya untuk Hutan Tanah Kerajaan dan Hutan Tanah Milik. Bagi memastikan sumber hutan diurus dengan cekap, maka JPSM terus komited dalam menguruskan sumber hutan secara berkekalan, khasnya kawasan HSK sejajar dengan visi dan misi JPSM.
  • cover LP 2011 edit  Laporan Tahunan 2011
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Tahun 2011 adalah tahun permulaan bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Warga Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah diseru untuk terus melipatgandakan usaha-usaha bagi menjadikan sektor perhutanan di Semenanjung Malaysia terus cemerlang dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.
  • laporantahunan2010  Laporan Tahunan 2010
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Tahun 2010 merupakan tahun akhir bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM59.69 juta atau 96.4% telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan hutan yang dirancangkan selaras dengan keperluan Negara seperti mana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).
  • annual report perhutanan 2009 1  Laporan Tahunan 2009
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Pelbagai aktiviti dan projek telah dijayakan dalam tahun 2009 oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam hasratnya untuk mengurus sumber hutan negara secara berkekalan dan menangani isu-isu perhutanan di peringkat nasional dan antarabangsa. Aktiviti dan projek yang telah dilaksanakan adalah sejajar dengan keperluan negara sebagaimana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).
  • FINAL LAYOUT JPSM 2008 fp  Laporan Tahunan 2008
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah memainkan peranan aktif dalam perbincangan mengenai isu-isu perhutanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di sepanjang tahun 2008. Di antara isu-isu penting yang dibincangkan termasuklah usahausaha untuk meningkat dan memantapkan aspek-aspek penguatkuasaan hutan bagi membanteras kesalahan hutan, penambahbaikan peruntukan perundangan hutan yang sedia ada dan konservasi kepelbagaian biologi hutan. Kesemua usaha ini memerlukan penyertaan aktif dan komitmen tinggi Jabatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
  • ANNUAL REPORT JPSM 2007 fp  Laporan Tahunan 2007
    Perutusan Pengarah JPSM:
    Dalam era yang semakin mencabar di mana sektor perhutanan mendapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat, pelbagai usaha telah dipertingkatkan bagi memastikan segala kepentingan dan faedah hutan terus dinikmati secara optimum. Sehubungan dengan itu, sepanjang tahun 2007, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mempergiatkan lagi usaha ke arah mencapai matlamat pengurusan hutan secara berkekalan.

 
Disclaimer  |  Security Policy  |  Privacy Policy  |  Sitemap  |  FAQ  |  User Helps  |  Poll
 Copyright Reserved (c) 2016 Johor State Forestry Department (JSFD)
Level 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, 79660 Nusajaya, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Fax: 07-266 1288   Email: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Best viewed using popular browsers with 1280 x 800 pixels in resolutions.
 Last Update:
24/03/2019
   Visitor Counter:

103949