HEADER JPNJ BM 180816

×

Amaran

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal



Kapas Hantu

 kapashantu1

Nama saintifik : Abroma augusta Linn.

Nama biasa : Devill's cotton

Nama tempatan : Kapas Hantu

Famili : Sterculiaceae

 

Pendahuluan:

Kapas hantu merupakan sejenis tumbuhan malar hijau. Ia berasal dari Asia hingga ke Australia. Pokok ini banyak terdapat di beberapa tempat di India. Ia boleh didapati di Pakistan dan juga beberapa Negara di Asia.

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5m dan kurang merebak. Lebar daunnya boleh mencapai 20cm dan mempunyai 3-5 cuping dengan bentuk daun palmat serta mempunyai urat daun yang jelas. Daun dan batangnya mempunyai bulu yang pendek dan keras yang menyebabkan kurang selesa apabila terpegang. Bahagian kulitnya mempunyai gentian seperti gentian jut. Bunganya bersaiz lebih kurang 5 cm diameter dan kelopak bunganya berbentuk lanseolat serta mempunyai 5 kelopak bunga dan berwarna ungu hingga merah kehitaman. Kelopak bunganya berlekuk dan memanjang di bahagian bawah dan berbentuk seperti sudu yang besar. Biji benihnya banyak dan musim berbunga biasanya dalam bulan Julai hingga Ogos setiap tahun.

 

Tabiat Tumbuhan:

Merupakan sejenis tumbuhan separuh berkayu dan mempunyai bulu yang kasar dan tidak selesa apabila terpegang. Boleh didapati di kawasan belukar dan boleh dijumpai di kebanyakkan kawasan di Semenanjung Malaysia.

 

Bahagian Yang Digunakan :

Akar dan daun

 

Amalan Tradisi Perawatan:

Dalam perawatan Ayurveda, jus daun segar adalah digunakan untuk rawatan penyakit perempuan seperti penyakit di bahagian saluran kencing dan haid. Ia boleh memperbetulkan pusingan haid serta digunakan sebagai tonik untuk perawatan bahagian kencing. Manakala bahagian akar yang segar dan kering digunakan untuk merawat sesak nafas dan juga merawat neuralgia (sakit saraf terutama di bahagian kepala dan muka), merawat kencing yang tidak lawas, bronkitis (bengkak pada tiub udara di bahagian kerongkong). Bahagian daun digunakan bagi perawatan kencing manis, reumatik dan sinus. Di Bali, Indonesia bahagian akarnya digunakan sebagai rawatan kudis buta dengan menampal bahagian tersebut dengan akar yang dilumatkan.

 
Penafian  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Peta Laman  |  Soalan Lazim  |  Bantuan Pengguna  |  Undian 
 Hakcipta Terpelihara (c) 2016 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Faks: 07-266 1288   Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
 Tarikh Kemaskini:
19/10/2017
  
Statistik Pelawat:

51916