HEADER JPNJ BM 180816

×

Amaran

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal



Soalan Lazim

1. Siapakah yang harus dihubungi jika terdapat kes pembalakan haram?

Jika terdapat kes pembalakan haram anda boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasa Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-5776, atau hubungi Jabatan Perhutanan Johor di 07-2667433

 

2. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang hutan bakau?

Maklumat berkaitan hutan bakau boleh diperolehi di http://bakau.forestry.gov.my

 

3. Apakah itu Silvilkultur?

Silvilkultur boleh ditakrifkan sebagai sains dan seni bagi pembangunan serta penjagaan sesuatu dirian hutan berdasarkan kepada aplikasi pengetahuan silvik. Ia merupakan teori dan amalan dalam pengawalan penubuhan, komposisi, struktur dan pertumbuhan hutan.

 

4. Jenis-jenis rawatan silvilkultur dalam sistem pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia?

 - Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F);

 - Memotong Akar/Pepanjat (CL); dan

 - Tanaman Mengaya

5. Maksud tanaman mengaya

Penanaman dalam sesuatu kawasan dengan spesies asal atau spesies dagang untuk mengayakan semula kawasan tersebut dan tindakan pemulihan ini tidak banyak menganggu dirian tinggal.

 

6. Taman Negara

“Taman Negara” ertinya sesuatu Taman Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Taman Negara 1980 bagi tujuan memelihara dan melindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kaji bumi, kaji purba, sejarah dan etnologi dan kepentingan lain dari segi sains dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaannya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.

 

7. Hutan Lipur

Hutan lipur ialah sesuatu kawasan yang terletak di dalam hutan simpanan kekal yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Seksyen 10(1)(i) yang digunakan bagi tujuan aktiviti rekreasi seperti beristirihat , bersukan , menjalankan penyelidikan dan pendidikan serta memelihara flora dan fauna.

 

8. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada Jabatan Perhutanan Negeri Johor?

Sila klik dan isi borang Pertanyaan & Aduan atau anda juga boleh menghubungi:-
Tel: 07-266 7433
Faks: 07 - 266 1288 atau
Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my

 


PERHATIAN: Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tiada di dalam Soalan Lazim ini, boleh menghubungi nombor berikut hotline di 1-800-88-5776 atau emailkan kepada webjpnjohor@forestry.gov.my

 
Penafian  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Peta Laman  |  Soalan Lazim  |  Bantuan Pengguna  |  Undian 
 Hakcipta Terpelihara (c) 2016 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Faks: 07-266 1288   Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
 Tarikh Kemaskini:
26/09/2017
  
Statistik Pelawat:

50158