HEADER JPNJ BM 180816

×

Amaran

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal



Seksyen Kesalahan Hutan

Seksyen      Keterangan Seksyen Denda
15 Mengambil hasil-hasil hutan daripada HSK & TK tanpa kebenaran Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun.
25 (2) Tidak mematuhi Notis(Borang 2) Tidak melebihi RM 50,000 dan atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya tidak lebih RM 1,000 tiap hari/sebahagian hari kesalahan berterusan.
32 (1) Menduduki/menjalankan sebarang aktiviti dalam HSK tanpa kebenaran Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
40 (1)

Memindah hasil hutan tanpa LP dari kawasan:

  • Tanah bermilik
  • Tanah Lesen Pendudukan sementara
  • Lombong
  • Rizab
Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun.
 47 (1) & (4)  Memasuki Hutan Tertutup tanpa kebenaran Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
 50 (4)  Mengguna jalan hutan tanpa permit jalan Tidak melebihi RM 10,000
 66 (4)  Tidak mematuhi arahan PPN di bawah sek. 66 (1) (2) & (3) -penentuan tempat pengukuran hasil hutan  Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
 67 (2)  Tidak mematuhi arahan PPN di bawah sek. 67 (1) - penentuan tempat pengukuran hasil hutan melalui LP Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
 68 (4) Memiliki, menjaga/ mengawal apa-apa hasil hutan tanpa pas pemindah

Enggan menyerahkan Pas Pemindah untuk pemeriksaan

Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

 69 (3)

Operator loji penukaran tidak memiliki pas pemindah dan rekod pengukuran yang sedang ditukar/ berada di dalam kawasan loji

Enggan menyerahkan Pas Pemindah dan rekod ukuran untuk pemeriksaan

Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

 
 81 (1)  Perbuatan dilarang dalam HSK:
  • melepaskan ternakan/ membenarkan ternakan meragut
  • menebang, memotong, menggelang, menanda, menutuh/menoreh mana mana pokok; atau merosakkan dengan api atau memindahkan mana mana pokok atau kayu
  • menyebabkan apa-apa kerosakkan semasa menebang/memotong/ mengheret pokok/kayu
  • mencari, mengambil, mendedahkan kepada apa-apa proses pengilangan/memindah apa-apa hasil hutan atau mineral
  • membersih/membajak tanah untuk tanaman atau maksud lain
  • menggunakan bahan beracun, atau dinamit atau bahan letupan lain di dalam sungai atau tasik bagi maksud menangkap ikan; atau memburu, menembak, menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak
  • menceroboh dengan apa jua cara yang sebelum ini tidak dilarangi dalam seksyen ini
Tidak melebihi RM 10,000

Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Tidak melebihi RM 10,000 atau penJara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.

Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

 81(1)  Larangan membakar dalam HSK Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
 83  Membuang sampah sarap secara mengganggu Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.
 84  Memiliki, menjaga / mengawal hasil hutan secara menyalahi undang-undang. Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
 85  Bawa masuk hasil hutan daripada lain negeri tanpa pas pemindah. Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
 86  Melancung/mencacat/ memiliki alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan. Tidak lebih RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. Tidak boleh di kompaun.
 87  Penalti am Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
 92(3)  Enggan memberi kerjasama Ruj. sek. 92 (2) Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
 93(2)  Mengusik, memindah, merosak atau memusnahkan barang-barang yang disita.  Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
96(2) Menghalang pegawai hutan untuk memasuki atau memeriksa loji penukaran Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
97(2) Enggan mematuhi larangan Seksyen 97 (1) larangan pengambilan hasil hutan atas sebab silvikultur dan lain-lain Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
98(2) Tidak mematuhi larangan Seksyen 98 (1)

Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

100 Memberi maklumat palsu Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.
107 Salah guna kuasa Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
 
Penafian  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Peta Laman  |  Soalan Lazim  |  Bantuan Pengguna  |  Undian 
 Hakcipta Terpelihara (c) 2016 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Faks: 07-266 1288   Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
 Tarikh Kemaskini:
19/10/2017
  
Statistik Pelawat:

51916