HEADER JPNJ BM 180816

×

Amaran

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal



Pengenalan - Herba

kaya herba bm intro

Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia adalah merupakan salah satu ekosistem yang sangat kompleks di dunia.· Ianya juga satu warisan alam semulajadi ciptaan Allah Yang Maha Esa yang sangat unik dan telah pun wujud lebih dari berjuta-juta tahun.· Ia kaya dengan berbagai-bagai tumbuhan dan hidupan liar, di antaranya termasuklah 2,500 spesis pokok, 200 spesis mamalia, 600 spesis burung, 110 spesis ular, 80 spesis cucak dan beribu-ribu serangga. Herba yang sangat unik dan mempunyai 1001 khasiat merupakan khazanah yang tidak ternilai. Antara herba-herba yang boleh didapati di hutan-hutan sekitar negeri Johor adalah :

No Nama Tempatan Nama Saintifik Famili
1 Kapas Hantu Abroma augusta Linn Sterculiaceae
2 Akar Saga Abrus precatorius Leguminosae
3 Hempedu Bumi Andrographis paniculata Acanthaceae
4 Jerangau Acorus calamus L. Araceae
5 Lidah Buaya Aloe vera (L.) Burm.f Liliaceane
6 Kayu Manis Cinnamomum verum Lauraceae
7 Kunyit Curcuma domestica Loir Zingiberaceae
8 Lengkuas Alphinia galanga (L.) Willd Zingiberaceae
9 Pegaga Centella asiatica (L.) Urban Umbelliferae
10 Serai Cymbopogon citratus (DC.) Stapf. Graminae
11 Serai Wangi Cymbopogon nardus (L.) rendle Graminae
12 Tutup Bumi Elephantopus scaber L. Compositae
13 Ekor Kucing Acalypha hispida Euphorbiaceae
14 Kucing Galak Acalypha indica Euphorbiaceae
 
Penafian  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Peta Laman  |  Soalan Lazim  |  Bantuan Pengguna  |  Undian 
 Hakcipta Terpelihara (c) 2016 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Faks: 07-266 1288   Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
 Tarikh Kemaskini:
19/10/2017
  
Statistik Pelawat:

51917

Kapas Hantu

 kapashantu1

Nama saintifik : Abroma augusta Linn.

Nama biasa : Devill's cotton

Nama tempatan : Kapas Hantu

Famili : Sterculiaceae

 

Pendahuluan:

Kapas hantu merupakan sejenis tumbuhan malar hijau. Ia berasal dari Asia hingga ke Australia. Pokok ini banyak terdapat di beberapa tempat di India. Ia boleh didapati di Pakistan dan juga beberapa Negara di Asia.

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5m dan kurang merebak. Lebar daunnya boleh mencapai 20cm dan mempunyai 3-5 cuping dengan bentuk daun palmat serta mempunyai urat daun yang jelas. Daun dan batangnya mempunyai bulu yang pendek dan keras yang menyebabkan kurang selesa apabila terpegang. Bahagian kulitnya mempunyai gentian seperti gentian jut. Bunganya bersaiz lebih kurang 5 cm diameter dan kelopak bunganya berbentuk lanseolat serta mempunyai 5 kelopak bunga dan berwarna ungu hingga merah kehitaman. Kelopak bunganya berlekuk dan memanjang di bahagian bawah dan berbentuk seperti sudu yang besar. Biji benihnya banyak dan musim berbunga biasanya dalam bulan Julai hingga Ogos setiap tahun.

 

Tabiat Tumbuhan:

Merupakan sejenis tumbuhan separuh berkayu dan mempunyai bulu yang kasar dan tidak selesa apabila terpegang. Boleh didapati di kawasan belukar dan boleh dijumpai di kebanyakkan kawasan di Semenanjung Malaysia.

 

Bahagian Yang Digunakan :

Akar dan daun

 

Amalan Tradisi Perawatan:

Dalam perawatan Ayurveda, jus daun segar adalah digunakan untuk rawatan penyakit perempuan seperti penyakit di bahagian saluran kencing dan haid. Ia boleh memperbetulkan pusingan haid serta digunakan sebagai tonik untuk perawatan bahagian kencing. Manakala bahagian akar yang segar dan kering digunakan untuk merawat sesak nafas dan juga merawat neuralgia (sakit saraf terutama di bahagian kepala dan muka), merawat kencing yang tidak lawas, bronkitis (bengkak pada tiub udara di bahagian kerongkong). Bahagian daun digunakan bagi perawatan kencing manis, reumatik dan sinus. Di Bali, Indonesia bahagian akarnya digunakan sebagai rawatan kudis buta dengan menampal bahagian tersebut dengan akar yang dilumatkan.

Akar Saga

akarsaga

Nama saintifik : Abrus precatorius

Nama biasa : Rosary Pea, Jequerity, Crab's Eye, Precatory Bean, Gunja,Ratti

Nama tempatan : Akar saga

Famili : Leguminosae

 

Pendahuluan:

Merupakan tumbuhan yang boleh tumbuh dengan agak lama dan kebiasaannya melilit pada pokok serta tergolong dalam tumbuhan renek. Tumbuhan dari keluarga kekacang, susunan daunnya secara berpelepah dan mempunyai hujung anak daun. Ia juga dikenali sebagai Gunja dalam bahasa sanskrit atau dalam lain-lain bahasa India. Dikenali sebagai Ratti dalam bahasa Hindi. Tumbuhan ini mudah dikenali disebabkan oleh rupa bentuk bijinya dan biasanya digunakan sebagai manik. Bijinya sangat beracun disebabkan oleh kehadiran �abrin�. Tumbuhan ini banyak ditemui di Indonesia dan mudah tersebar khususnya di kawasan yang terdapat pokok ini dan kadang-kadang dianggap sebagai rumpai . Kulit bijinya berpintal apabila terbuka dan bijinya terdedah. Bijinya agak leper dan pendek berukuran 1.5 - 2.0 cm panjang dan mempunyai warna yang menarik.

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Merupakan pepanjat berkayu dengan bentuk dahan yang nipis. Bunganya berbentuk seperti kacang pea, warna putih hingga kemerahan dan bersaiz kecil.
Tabiat TumbuhanMerupakan tumbuhan memanjat dan boleh hidup dalam tempoh yang lama.

 

Bahagian Yang Digunakan:

Biji , daun dan akar

 

Amalan Tradisi Perawatan:

Bijinya yang diproses digunakan dalam rawatan aprodisiak, anti kuman, diuretik, ubat kahak, pencuci perut, penyejuk badan dan berkeupayaan untuk menenangkan fikiran. Bahagian akar digunakan untuk merawat gonorea (penyakit kelamin), penyakit kuning. Minyak ekstrak dari biji benih digunakan dalam rawatan rambut. Bijinya juga digunakan untuk mencegah kahamilan, rawatan kencing manis dan radang buah pinggang yang kronik (neftiris) .

Hempedu Bumi

hempedubumi

Nama saintifik : Andrographis paniculata

Nama biasa : Raja Pahit

Nama tempatan : Hempedu bumi

Famili : Acanthaceae

Pendahuluan:

Herba ini merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai jangkahayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun. Ia berasal dari Asia Tenggara, China dan India. Disebabkan oleh keupayaan pembiakan yang tinggi ia dikatakan sebagai tumbuhan musuh di beberapa tempat. Tumbuhan ini digunakan sejak berabad yang lalu sebagai perawatan khususnya di China, India dan Jawa. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini tumbuhan ini mempunyai keupayaan sebagai tumbuhan herba dan telah memasuki pasaran farmasi. Kini tumbuhan ini menjadi herba perawatan yang boleh mengubati sakit-sakit yang ringan dan telahpun terbukti ke atas banyak gejala penyakit yang berkaitan dengan masalah kesan daripada antibodi yang telah dikeluarkan untuk melawan bahan yang sedia ada dalam badan (autoimmune)

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh tegak dengan jangka hayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60-70 cm. Mempunyai batang yang berbentuk segi empat dan mempunyai dahan yang yang banyak. Daunnya berwarna hijau, susunan daun ringkas, licin. Susunan daunnya adalah secara 'decussate' iaitu daun yang berpasangan secara bertentangan.

 

Tabiat Tumbuhan:

Hempedu bumi umumnya dijumpai secara liar di kawasan tanah terbuka dan kawasan yang ditumbuhi rumput. Di Malaysia hempedu bumi biasanya ditanam di kawasan belakang rumah atau di dalam pasu untuk tujuan herba perubatan. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang lasak dan boleh hidup dengan baik dalam berbagai jenis tanah.

 

Bahagian Yang Digunakan:

Daun dan keseluruhan bahagian pokok.

 

Amalan Tradisi Perawatan:

Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang boleh memberikan analgesik iaitu dapat mengurangkan rasa kesakitan, boleh dijadikan sebagai julap (ubat pencuci perut), ubat pengeluar kahak, penghadaman dan juga digunakan sebagai rawatan penyakit kencing manis, demam, jangkitan cacing, bronkitis yang kronik ( bengkak pada tiub udara di kerongkong), kusta,senak atau kembung perut, sakit perut, disentri (cirit birit) dan penyakit kulit (terbakar, luka dan ulser). Tumbuhan ini juga boleh merawat gigitan ular dan juga kitaran haid yang tidak teratur.

Jerangau

jerangau

Nama saintifik : Acorus calamus L.

Nama biasa : Calamus root

Nama tempatan : Jerangau

Famili : Araceae

Pendahuluan:

Jerangau mempunyai sejarah perubatan yang lama. Tumbuhan ini digunakan secara meluas di dalam rawatan modern khusunya dalam menghasilkan aroma wangian dan juga sebagai tonik. Tumbuhan ini telah digunakan di Negara Asia sekurang-kurangnya 2 ribu tahun yang lampau oleh orang-orang Cina dan India. Di Malaysia pokok ini ditanam di belakang rumah oleh kebanyakkan orang-orang Melayu dan India di mana penggunaannya hanyalah di bahagian luar sahaja sebagai demah atau sapu. Tumbuhan ini juga biasanya digunakan sebagai bahan rawatan racun serangga secara biologi yang digunakan untuk menghalang kutu, hama, kutu di kepala dan anai-anai.

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Jerangau merupakan tumbuhan yang hidup lama dan boleh tumbuh mencapai 1 m tinggi. Tumbuh dengan banyak dan bentuknya nipis, daunnya seakan-akan daun rumput yang tumbuh secara terus dari rizomnya. Dua daunnya tumbuh secara berlapis pada bahagian pangkalnya, daun ringkas, licin, berwarna hijau dengan tepi daun yang licin seperti mata pisau. Hujung daun tirus dan berselaput pada bahagian pangkalnya. Susunan urat daun secara memanjang memasuki selaput. Daunnya beraroma wangi. Rizomnya berbau sangat wangi dan mengandungi minyak yang mudah meruap. Warna rizomnya adalah keputihan dan berserabut. Tumbuhan ini sangat jarang berbunga di Malaysia.

Tabiat Tumbuhan:

Tumbuhan ini biasanya terdapat di kawasan yang lembab dan berair seperti anak sungai, kolam, tasik atau lubuk atau tempat yang berair.

Bahagian Yang Digunakan:

Rizom

Amalan Tradisi Perawatan:

Jerangau biasa digunakan sebagai 'antiarrhythmic' (iaitu mengawal denyutan jantung), mengawal jangkitan kuman bakteria, antiseptik, mengawal kekejangan otot, merangsang kadar perpeluhan, bahan ubat muntah dan bahan ubat pelali. Rizomnya juga digunakan untuk rawatan senak perut, sakit perut, ketidakhadaman makanan, demam sekejap-sekejap, ulser usus, reumatik, saraf, masalah isi perut, penyakit cirit birit kanak-kanak, bronkus ( berkaitan dengan tiub-tiub yang bercabang dari saluran udara di kerongkong) dan asma. Minyak jerangau juga digunakan untuk menyediakan kordial yang beraroma, minuman keras dan membuat minyak wangi. Di Malaysia, air rebusan rizomnya yang dicampur dengan halia bara dan halia makan digunakan untuk rawatan demam dan kesejukan badan.

Lidah Buaya

lidahbuaya

Nama saintifik : Acorus calamus L.

Nama biasa : Calamus root

Nama tempatan : Jerangau

Famili : Araceae

 

Pendahuluan:

Jerangau mempunyai sejarah perubatan yang lama. Tumbuhan ini digunakan secara meluas di dalam rawatan modern khusunya dalam menghasilkan aroma wangian dan juga sebagai tonik. Tumbuhan ini telah digunakan di Negara Asia sekurang-kurangnya 2 ribu tahun yang lampau oleh orang-orang Cina dan India. Di Malaysia pokok ini ditanam di belakang rumah oleh kebanyakkan orang-orang Melayu dan India di mana penggunaannya hanyalah di bahagian luar sahaja sebagai demah atau sapu. Tumbuhan ini juga biasanya digunakan sebagai bahan rawatan racun serangga secara biologi yang digunakan untuk menghalang kutu, hama, kutu di kepala dan anai-anai.

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Jerangau merupakan tumbuhan yang hidup lama dan boleh tumbuh mencapai 1 m tinggi. Tumbuh dengan banyak dan bentuknya nipis, daunnya seakan-akan daun rumput yang tumbuh secara terus dari rizomnya. Dua daunnya tumbuh secara berlapis pada bahagian pangkalnya, daun ringkas, licin, berwarna hijau dengan tepi daun yang licin seperti mata pisau. Hujung daun tirus dan berselaput pada bahagian pangkalnya. Susunan urat daun secara memanjang memasuki selaput. Daunnya beraroma wangi. Rizomnya berbau sangat wangi dan mengandungi minyak yang mudah meruap. Warna rizomnya adalah keputihan dan berserabut. Tumbuhan ini sangat jarang berbunga di Malaysia.

 

Tabiat Tumbuhan:

Tumbuhan ini biasanya terdapat di kawasan yang lembab dan berair seperti anak sungai, kolam, tasik atau lubuk atau tempat yang berair.

 

Bahagian Yang Digunakan:

Rizom

 

Amalan Tradisi Perawatan:

Jerangau biasa digunakan sebagai 'antiarrhythmic' (iaitu mengawal denyutan jantung), mengawal jangkitan kuman bakteria, antiseptik, mengawal kekejangan otot, merangsang kadar perpeluhan, bahan ubat muntah dan bahan ubat pelali. Rizomnya juga digunakan untuk rawatan senak perut, sakit perut, ketidakhadaman makanan, demam sekejap-sekejap, ulser usus, reumatik, saraf, masalah isi perut, penyakit cirit birit kanak-kanak, bronkus ( berkaitan dengan tiub-tiub yang bercabang dari saluran udara di kerongkong) dan asma. Minyak jerangau juga digunakan untuk menyediakan kordial yang beraroma, minuman keras dan membuat minyak wangi. Di Malaysia, air rebusan rizomnya yang dicampur dengan halia bara dan halia makan digunakan untuk rawatan demam dan kesejukan badan.

Kayu Manis

kayumanis rsz

Nama saintifik : Cinnamomum verum

Nama biasa : Ceylon cinnamon

Nama tempatan : Kayu manis

Famili : Lauraceae

 

Pendahuluan:

Kayu manis berasal dari Sri Lanka. Ia merupakan rempah ratus yang tertua dan terdapat di dalam Kitab Bible.

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Pokok ini boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 6 m dan kadang-kadang boleh mencapai ketinggian sehingga 12 m. Batangnya tegap dengan ukuran diameter antara 30-60 cm. Pokok yang matang mempunyai kulit yang tebal berwarna coklat kelabu. Pokok ini mempunyai dahan yang rendah dan banyak. Hujung daunnya tirus dengan bahagian pangkalnya adalah bulat dan kadang-kadang sedikit tirus.

 

Tabiat Tumbuhan:

Pokok ini biasanya ditanam di Malaysia. Pokok ini boleh dijumpai ditanam secara separuh liar di Sri Lanka di kawasan tanah pamah rendah yang lembab sehingga ketinggian 2,000 kaki. Kayu manis boleh dibiakkan secara bii benih atau keratan.

 

Bahagian Yang Digunakan:

Kulit dan daun

 

Amalan Tradisi Perawatan:

Tumbuhan ini mempunyai bahan antifungal dan antibakteria. Minyak dari tumbuhan ini mudah meruap dan ianya digunakan untuk mengawal jangkitan kuman dan mengawal tekanan darah rendah manakala bahagian kulitnya digunakan untuk rawatan dispepsia (ketidakhadaman makanan), kembung perut, disentri (cirit birit), bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong) dan gangren (pereputan tisu) pada paru-paru. Kulit pokok yang diketuk dan dimasak boleh digunakan pada bahagian luar badan dengan cara menuam bagi rawatan bisul yang bernanah. Minyaknya juga adalah mujarab untuk merawat penyakit reumatik yang teruk dan kronik. Kayu manis juga boleh merawat kekejangan urat perut , sakit gigi dan hilang daya gerak pada bahagian lidah serta boleh digunakan untuk rawatan kanser. Di China , kulit pokok dan ranting yang dikeringkan boleh dijadikan rawatan bagi merawat kanser, tekanan darah tinggi dan masalah sakit perut dengan mencampurkan dengan bahan ubatan lain.

Kunyit

kunyit rsz

Nama saintifik : Curcuma domestica Loir.

Nama biasa : Tumeric

Nama tempatan : Kunyit

Famili : Zingiberaceae

 

Pendahuluan:

'Tumeric' merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan bahan rempah yang memberikan warna kuning cerah khususnya masakan kari bagi orang Melayu dan India. 'Tumeric' juga digunakan sebagai bahan pewarna dan juga sebagai ubatan dan perasa sejak 600 SM. Maklumat tersebut telahpun dicatatkan dalam sejarah herba Assyria sekitar 2500 tahun yang lalu. Tumbuhan ini dianggapkan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai kepada manusia. Dalam sejarah perubatan rakyat India, 'tumeric' dianggapkan sebagai bahan antibiotik semulajadi yang terbaik sementara pada masa yang sama ia juga digunakan untuk memudahkan proses penghadaman dan memperbaiki perjalanan usus. Tumbuhan ini berasal dari Asia Tenggara dan masa kini tumbuhan ini menjadi tanaman perdagangan di China, India, Indochina dan Indonesia.

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

'Tumeric' merupakan sejenis herba yang mempunyai jangkahayat yang panjang dan boleh tumbuh sehingga mencapai 1m tinggi. Daunnya berjambak dengan susunan daun secara alternat, berwarna hijau muda. Daunnya licin, lanseolat dengan tepi daun yang licin. Rizomnya beraroma berwarna keperangan dan warna kekuningan di bahagian isi dalam. Pelepahnya berbentuk eliptik, lembut dan berwarna keputihan serta tumbuh secara tegak dan melengkung ke bawah.

 

Tabiat Tumbuhan:

Di Malaysia, kunyit biasanya ditanam di belakang rumah. Kunyit membiak secara aseksual iaitu melalui keratan rizom. Kunyit boleh hidup dengan subur di kawasan yang mempunyai sedikit teduhan dan tumbuh dengan subur di kawasan terbuka dan mendapat cahaya matahari yang banyak.

 

Bahagian Yang Digunakan:

Rizom

 

Amalan Tradisi Perawatan:

Tumbuhan ini digunakan untuk rawatan antiradang, antimalaria, pencegahan bakteria, pencegahan kulat, merangsang tubuh dan juga untuk rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, 'neuralgia' (sakit saraf terutamanya di bahagian muka dan kepala) serta sakit sendi (reumatik). Ia juga digunakan untuk mencegah serangga. Kunyit kering biasanya digunakan sebagai perasa makanan dan untuk menyediakan bahan pewarna kuning. Di Malaysia, kunyit digunakan sebagai kosmetik semasa upacara tradisi. Ia juga sebagai bahan utama dalam masakan terutamanya masakan kari. Kunyit yang disediakan bersama dengan minyak digunakan untuk menghaluskan kulit yang kasar dan sekiranya dicampurkan dengan air perahan limau digunakan untuk rawatan bengkak dan terseliuh serta luka. Air rebusan kunyit digunakan untuk menyejukkan mata. Kunyit yang dipanaskan bersama dengan susu dan gula boleh merawat kesejukan badan. Manakala kunyit yang dicampur dengan minyak bijan dan madu dijadikan sebagai tonik. Rizom kunyit yang dilumatkan dan dijadikan sebagai demahan boleh merawat dan mempercepatkan perjalanan air susu dada wanita.

Lengkuas

lengkuas

Nama saintifik : Alphinia galanga (L.) Willd.

Nama biasa : Lengkuas besar

Nama tempatan : Lengkuas

Famili : Zingiberaceae

 

Pendahuluan:

Tanaman ini ditanam secara meluas di kawasan Asia tropika. Tumbuhan ini juga digunakan sebagai rempah atau perasa serta juga sebagai ubat tradisi. Kepentingan perubatan tumbuhan ini telahpun dicacatkan dan didokumentasi di India sejak 600 SM. Justeru itu ramai yang mempercayai bahawa lengkuas berasal di India. Selain daripada itu, tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan Ayurvedik sedangkan di Malaysia digunakan sebagai ubatan sejak berabad yang lalu. Rizom lengkuas juga merupakan bahan minyak yang utama iaitu sineol

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Lengkuas merupakan sejenis tumbuhan perennial iaitu jangkahayat yang panjang, tumbuh secara menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Daunnya ringkas, licin dan berwarna hijau. Daunnya berbentuk memanjang dan runcing di hujung daun. Manakala tepi daunnya adalah rata. Rizomnya tumbuh secara menjalar, tebal , beraroma dan tegap.

 

Tabiat Tumbuhan:

Tumbuhan ini boleh ditanam dengan senang dan boleh tumbuh dengan menanam keratan rizomnya.

 

Bahagian Yang Digunakan:

Rizom

 

Amalan Tradisi Perawatan:

Rizom lengkuas digunakan untuk meransang aktiviti pencernaan dalam perut (stomachic). Balutan rizomnya yang ketuk dapat digunakan untuk merawat reumatik, demam, lemah tenaga batin, bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong), dyspepsia (ketidakhadaman makanan) dan diabetes (kencing manis). Jus daripada rizomnya yang dicampurkan dengan air kencing manusia dapat mengurangkan bisa gigitan ular tedung. Rizom lengkuas yang diketuk dan dicampur dengan sedikit bawang putih dan cuka dapat digunakan sebagai rawatan herpes (penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus).

 

Pegaga

pegaga

Nama saintifik : Centella asiatica (L.) Urban.

Nama biasa : Asiatic Pennywort, Gotu Kola

Nama tempatan : Pegaga

Famili : Umbelliferae

 

Pendahuluan:

Tumbuhan ini telahpun diketahui kegunaannya sejak dahulu kala lagi terutama dalam perawatan Ayurvedik di India serta rawatan bagi masyarakat Cina dan Madagaskar. Tumbuhan ini disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan yang sangat penting untuk dipelihara dan ditanam. Di Malaysia walaupun ia digunakan sebagai herba penyembuh tetapi ia lebih popular dijadikan sebagai ulam makanan berbanding dengan herba ubatan.

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Pegaga merupakan tumbuhan bersaiz kecil, jangkahayat yang pendek serta menjalar. Mempunyai tangkai daun yang panjang, berwarna hijau. Bentuk daunnya bulat dan licin serta berbentuk palmat. Terdapat 3 subspesies pegaga pada masa kini iaitu Pegaga salad, Pegaga kerinting dan Pegaga biasa atau Pegaga ubi. Pegaga yang mempunyai banyak kelebihan adalah Pegaga ubi.

 

Tabiat Tumbuhan:

Pegaga tumbuh secara liar di dalam semua keadaan tanah. Sebahagiannya memerlukan sedikit teduhan dan ada juga spesies yang memerlukan cahaya sepenuhnya. Setengah pegaga boleh tumbuh dalam keadaan tanah yang agak keras seperti atas batu. Dalam keadaan liar, ia boleh dijumpai di kawasan yang lembab seperti di sekeliling kolam, di sepanjang tasik, kolam dan juga boleh didapati di kawasan sawah padi.

 

Bahagian Yang Digunakan:

Keseluruhan pokok, Bahagian atas tanah, AkarAmalan Tradisi PerawatanPegaga telah digunakan untuk rawatan bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong), asma, rembesan gastric, disentri (cirit birit), masalah buah pinggang dan dropsi (penyakit disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan). Herba ini mempunyai kesan yang cepat untuk menurunkan tekanan darah dan juga dijadikan sebagai ubat penawar awet muda . Di Malaysia pegaga dijadikan sebagai ulam makanan di kalangan masyarakat Melayu dan dijadikan sebagai air minuman penyejuk badan bagi masayarakat Cina serta dijadikan sebagai tonik di kalangan masyarakat India. Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan daun pegaga untuk tujuan rawatan kusta dan reumatik (sakit sendi). Daun pegaga yang dipanas sehingga garing atau jus daun pegaga yang dicampurkan dengan makanan digunakan untuk mengurangkan cirit birit kanak-kanak. Setengah-setengah orang menggunakan daun pegaga sebagai bahan demah atau tuam untuk merawat sakit akibat luka atau daun pegaga yang dilumatkan dan ditampal pada badan untuk rawatan demam. Jus daripada akar pegaga yang diminum dapat mencuci ulser. Setengah-setengah orang mempercayai bahawa daun pegaga adalah baik bagi ibu selepas mengandungi bagi tujuan awet muda.

Serai

serai

Nama saintifik : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf.

Nama biasa : Lemongrass

Nama tempatan : Serai makan

Famili : Graminae

 

Pendahuluan:

Serai makan tergolong ke dalam rumput di kawasan tropika yang berbau dan ia hampir sama dengan serai wangi di Cina. Dikatakan bahawa pokok serai makan berasal dari India yang ditanam bagi tujuan penghasilan minyak sejak tahun 1888. Bau minyak serai makan seakan-akan bau limau atau sitrus yang digunakan sebagai bahan pewangi dalam pembuatan sabun, bahan pencuci dan bahan-bahan penghasilan lain. Serai makan merupakan pembekal utama bahan 'citral' yang digunakan sebagai bahan mentah dalam penghasilan pewangi, gula-gula dan minuman.

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Serai makan merupakan sejenis rumput yang mempunyai jangkahayat yang panjang dan mengeluarkan bau. Tumbuh dengan rapat dan daunnya keluar dari rizom. Serai makan boleh tumbuh mencapai sehingga 1 m tinggi. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, berwarna hijau, lurus, bersusun secara teratur dan daunnya boleh mencapai ukuran 40cm x 1cm. Daunnya licin, urat daun selari, tirus di bahagian hujung dan pangkal daun. Daunnya berpelepah, memanjang dan berfungsi sebagai batang. Pokok serai makan juga mengeluar bunga pada peringkat matang. Rizomnya kuat dan tegap, menjalar, tahan lasak dan berwarna kuning keputihan apabila dipotong.

 

Tabiat Tumbuhan:

Serai tumbuh secara liar di kebanyakkan negara di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai makan biasanya ditanam di kawasan belakang rumah. Serai makan merupakan pokok yang tahan lasak dan boleh hidup dengan subur dalam pelbagai jenis tanah. Walau bagaimanapun sekiranya ditanam bagi tujuan penghasilan minyak, kawasan yang paling sesuai ialah di kawasan yang bersaliran baik dan subur.

 

Bahagian Yang Digunakan:

Daun, Batang, AkarAmalan Tradisi PerawatanMinyak pokok serai makan adalah herba yang bernilai tinggi untuk rawatan senak perut, perut memulas, gastrik dan muntah. Ia bertindak sebagai minyak angin untuk rawatan sakit sendi yang kronik, terseliuh dan rawatan sakit-sakit yang ringan. Di Malaysia, serai makan digunakan untuk merawat diuretik iaitu melaawas kencing, tonik dan meransang pengeluaran peluh, merawat buah pinggang dengan meminum air serai makan sebagai tea. Batangnya digunakan untuk menghasilkan bau wangi kepada makanan. Tampalan daunnya yang dilumatkan boleh menghilang sakit gigi dan sakit sendi (reumatik). Ekstrak serai makan boleh menghalau nyamok. Air rebusan daun dan akar serai makan boleh mencuci buah pinggang dan sakit perut. Manakala ekstrak akarnya digunakan sebagai pewangi shampoo dan minyak wangi.

Serai Wangi

seraiwangi rsz

Nama saintifik : Cymbopogon nardus (L.) rendle.

Nama biasa : Citronella

Nama tempatan : Serai wangi

Famili : Graminae

 

Pendahuluan:

Serai wangi merupakan sejenis rumput yang berbau wangi dan mempunyai persamaan dengan serai makan. Serai wangi lebih kuat bau berbanding dengan serai makan.Serai wangi digunakan pada bahagian luar tubuh manakala serai makan boleh dimakan. Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk membuat losyen (ubat disapu pada kulit), sabun dan juga untuk menghalau nyamok. Dikatakan bahawa serai wangi berasal dari India dan Sri Lanka dan baru diperkenalkan ke Malaysia.

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Serai wangi tergolong dalam keluarga rumput yang berbau dan jangkahayatnya adalah panjang. Ia boleh tumbuh sehingga 1m hingga 1.5m. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, hijau, lurus dan berlapis dan purata saiznya ialah 60cm x 2.5cm. Daunnya licin, urat daun selari dengan bahagian pangkal dan hujung daunnya tirus. Selaput daunnya adalah lurus dan bertindak sebagai batang. Rizomnya tegak dan kuat, menjalar, tahan lasak dan berwarna kekuningan apabila dipotong.

 

Tabiat Tumbuhan:

Serai wangi hidup secara liar di kebanyakkan negara seperti di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia kebiasaannya ditanam di bahagian belakang rumah. Serai wangi merupakan sejenis tumbuhan yang lasak dan boleh menyesuai dalam pelbagai jenis tanah dan iklim. Namun demikian ia tumbuh dengan baik pada keadaan tanah yang bersaliran baik dan subur. Serai wangi tidak boleh hidup dalam keadaan tanah yang mempunyai air bertakung dan di bawah teduhan. Ia boleh hidup dengan subur di kawasan lapang dan mempunyai cahaya yang cukup.

 

Bahagian Yang Digunakan:

Daun

 

Amalan Tradisi Perawatan:

Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk merawat "rubefacient" iaitu warna merah di bahagian kulit luar muka, Akarnya digunakan untuk merawat diuretik (kerap berlaku kencing) dan sudorifik atau diaporetik (berperanan sebagai dadah untuk merangsang pengeluaran peluh). Serai wangi juga digunakan untuk bertindak menghalau nyamuk dan juga digunakan untuk membuat minyak wangi dan pembuatan sabun. Di Malaysia, minyak ekstraknya yang cepat meruap dan menggunakan sedikit dos boleh merawat sakit perut dan penghadaman. Air rebusan daun serai wangi yang dipanas bersama dengan daun gendarusa dicampur dengan lada hitam digunakan untuk memandikan kanak-kanak selepas bersalin.

Tutup Bumi

tutupbumi

Nama saintifik : Elephantopus scaber L.

Nama biasa : Elephant's foot/Solomon's seal

Nama tempatan : Tutup bumi/Tapak Sulaiman

Famili : Compositae

 

Pendahuluan:

Disebabkan oleh daunnya yang terhampar dan menutupi ruang atas lapisan tanah, orang Melayu mempercayai bahawa tumbuhan ini merupakan bekas tapak Sulaiman yang berperanan mengurung Jin yang terdapat di dalam tanah. Di sebabkan namanya sebagai tapak Sulaiman, secara tradisinya tumbuhan ini sangat mujarab untuk merawat semua penyakit. Buat masa ini, tumbuhan ini tidak ditanam di Malaysia tetapi dikutip secara liar oleh dukun bagi kegunaan rawatan mereka.

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Tumbuhan ini tumbuh melata dan jangkahayat yang panjang dan boleh tumbuh sehingga 50cm. Daunnya tumbuh dengan padat pada bahagian bawah batang dan susunan daunnya secara berjambak. Tepi daunnya bergerigi, dipenuhi dengan rerambut berwarna keputihan, bentuk daun pelbagai bentuk, bujur atau bulat di bahagian hujung daun dan mengecil pada bahagian pangkal daun. Tangkai daun pendek dan berbulu.

Tabiat Tumbuhan:

Tumbuhan ini boleh dijumpai secara liar di tepi jalan raya, padang yang berumput dan di pinggir hutan. Tumbuhan ini boleh dibiak melalui biji benih. Biji benih boleh dikutip dengan cara menutup bunganya menggunakan sehelai kertas. Biji benihnya sangat kecil dan ringan . Oleh itu semasa menyemai biji benihnya perlu digaul bersama dengan tanah dan ditabur ke atas batas semaian. Peratus percambahan adalah lebih kurang 70-80%.

Bahagian Yang Digunakan:

Keseluruhan pokok, akarAmalan Tradisi PerawatanTumbuhan ini digunakan sebagai diuretik iaitu mengurangkan demam dan mengurangkan kencing tak lawas (anuria) dan mengurangkan pengeluaran mukusa (blennorrhagia). Lain -lain penggunaan adalah sebagai bahan antibiotik, mengurangkan bengkak, anti radang dan untuk melicinkan kulit. Dipercayai sesuai untuk merawat leucorrhea ( rembesan mukusa yang tidak normal keluar dari vagina), anaemia (tidak cukup darah disebabkan oleh kepucatan) dan digunakan semasa bersalin. Di Malaysia, herba tutup bumi digunakan untuk melawas kencing, mengurangkan rasa sakit dan digunakan di bahagian luar dengan membalut pada tempat sakit. Air rebusan akar atau daun yang diminum boleh dijadikan tonik untuk menghapus cacing dalam badan, merawat batuk dan penyakit kelamin. Air rebusan akar yang masih segar dicampur dengan sirih digunakan untuk menghalang muntah sementara daunnya digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan (dipanggil busung oleh masyarakat melayu).

Ekor Kucing

 

ekorkucing

Nama saintifik : Acalypha hispida

Nama biasa : Red hot cat's tail

Nama tempatan : Ekor kucing

Famili : Euphorbiaceae

 

Pendahuluan:

Tumbuhan ini berasal dari Oceania dan kemudiannya merebak sehingga ke Amerika Utara termasuk Amerika Syarikat, Mexico dan Belize.

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Tumbuhan ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.8m - 3.7m tinggi. Merupakan tumbuhan 'dioecious' di mana tumbuhan jantan dan betina boleh dibezakan dengan mudah. Pokok betina mempunyai 'pistillate' (bahagian bunga yang mempunyai ovari bunga). Bunganya mempunyai warna yang pelbagai iaitu dari warna ungu ke warna merah cerah dan bunganya tumbuh berjuntai.

 

Tabiat Tumbuhan:

Tumbuhan ini hidup melata dan mudah dijumpai. Ditanam menggunakan biji benih serta boleh ditanam menggunakan keratan dahan.

 

Bahagian Yang Digunakan:

Akar, Bunga dan Daun

 

Amalan Tradisi Perawatan:

Daunnya boleh digunakan secara demahan atau menuam bagi mengubati penyakit kusta. Air rebusan daun dan bunganya digunakan untuk merawat luka dan ulser dan juga sebagai pencuci perut serta merawat penyakit kelamin. Minuman bahagian kulit batangnya yang direbus boleh merawat kahak serta mengurangkan serangan asma. Daun rasanya agak kelat dan bahagian bunganya digunakan bagi merawat cirit birit.

Kucing Galak

 

kucinggalak rsz

Nama saintifik : Acalypha indica

Nama biasa : Indian copperleaf, India acalypha

Nama tempatan : Kucing Galak, Cika Mas

Famili : Euphorbiaceae

 

Pendahuluan:

Tumbuhan ini boleh didapati di kawasan negara Afrika yang beriklim tropika dan juga boleh ditemui di Afrika Selatan. Manakala di sebelah Afrika Timur dan Barat, tumbuhan ini digunakan sebagai herba ubatan. Di bahagian Afrika Barat, daun tumbuhan ini dimasak dan daunnya dijadikan sebagai ulaman. Daunnya juga merupakan makanan kegemaran lembu di Afrika. Tumbuhan ini juga disanjung tinggi sebagai herba ubatan tradisi masyarakat Tamil Siddha dan dipercayai boleh merawat awet muda.

 

Ciri - Ciri Tumbuhan:

Tumbuhan ini tidak kekal lama, tumbuh secara menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m tinggi. Panjang daun adalah antara 2.5cm - 7.5cm berbentuk 'ovate' dan 'rhomboid-ovate'. Bunganya banyak dan lembut, tumbuh secara menegak dan memanjang. Bunga jantan bersaiz kecil, berkelompak di bahagian tangkai manakala bunga betina tumbuh secara bertabur.

 

Tabiat Tumbuhan:

Pokok ini tumbuh meliar di kawasan terbuka khususnya di kawasan yang agak kering. Di Semenanjung Malaysia, tumbuhan ini boleh didapati di kawasan penempatan perumahan.
Bahagian Yang DigunakanAkar dan DaunAmalan Tradisi PerawatanAir rebusan keseluruhan pokok digunakan sebagai ubat pencuci perut. Ia juga amat berkesan untuk merawat buasir. Akarnya digunakan untuk membuang cacing dalam perut kanak-kanak dengan meminum di waktu pagi semasa perut masih kosong. Daunnya yang dilumatkan dengan kunyit digunakan untuk merawat jerawat di muka.