Di bawah Perkara 74(2) Perlembagaan Malaysia, perhutanan adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, setiap negeri berkuasa untuk menggubal undang-undang di sektor perhutanan dan dasar perhutanan tersendiri. Pihak Berkuasa Persekutuan hanya memberi nasihat dan bantuan teknikal kepada negeri, penyelenggaraan stesen-stesen percubaan dan demonstrasi, latihan dan penyelidikan.
Bagi memudahkan penyelarasan dan penyeragaman dalam bidang perhutanan, Majlis Perhutanan Negara (MPN) telah ditubuhkan pada 20 Disember 1971 oleh Majlis Tanah Negara (MTN). Dalam konteks ini, MTN diberi kuasa di bawah perlembagaan Malaysia untuk menggubal dasar kebangsaan bagi memajukan dan mengawal penggunaan tanah untuk perlombongan, pertanian dan perhutanan. MPN merupakan forum antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi membincangkan masalah dan isu berhubung dengan dasar perhutanan, pentadbiran dan pengurusan. Semua keputusan MPN perlulah disahkan oleh MTN. Tanggungjawab untuk melaksanakan keputusan MPN adalah menjadi tugas Kerajaan-Kerajaan Negeri kecuali jika ianya di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Dasar dan Perlembagaan
Pada tahun 1977, Dasar Perhutanan Negara (DPN) telah diluluskan oleh MPN dan kemudian disahkan oleh MTN pada 19 April 1978. Dasar tersebut telah dikaji semula pada 10 November 1992 atas kesedaran yang ditunjukkan oleh masyarakat dunia terhadap kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi dan penggunaan sumber genetik secara berkekalan serta peranan masyarakat dalam pembangunan perhutanan. Penerimaan dasar tersebut merupakan suatu kejayaan memperkukuhkan asas perlembagaan dan mengeratkan kerjasama dan persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pembangunan sektor perhutanan.
Selain dari Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan Akta Industri Brasas Kayu 1984 terdapat juga undang-undang lain yang penting dan ada kaitan dengan sektor perhutanan seperti :
Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan Pengguna | Undian |
Hakcipta Terpelihara (c) 2018 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim. Tel: 07-266 7433 Faks: 07-266 1288 Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel. |
Tarikh Kemaskini: 14/12/2019 |
Statistik Pelawat: 142250 |