HEADER JPNJ BM 180816

×

Amaran

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal

Salinan gagal



Perutusan Pengarah Perhutanan Negeri Johor

perutusan pengarah

Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Perkembangan dalam teknologi maklumat telah merubah cara komunikasi dan memudahkan pencapaian maklumat dalam masa yang pantas. Jabatan Perhutanan Negeri Johor juga tidak terkecuali dalam arus perkembangan teknologi maklumat ini.

Tambahan pula Jabatan Perhutanan Negeri Johor merupakan agensi yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan pengurusan sumber khazanah hutan negeri sejak tahun 1901. Tugas dan peranan ini bukan sahaja tertumpu dalam negeri dan negara tetapi melangkaui perbincangan isu-isu perhutanan di peringkat global. Ini termasuklah isu-isu membanteras pembalakan haram, penambahbaikan dalam sistem pentadbiran dan perundangan perhutanan, usaha konservasi kepelbagaian biologi hutan dan persijilan pengurusan hutan mengikut piawaian MC& I [2002].

Perkongsian maklumat boleh dilaksanakan melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan terkini bagi memudahkan penyaluran maklumat kepada setiap warga Perhutanan, Kerajaan Negeri, orang awam dan "stakeholder". Justeru itu, penyediaan laman "web" ini diharapkan membantu Jabatan memberi perkhidmatan yang lebih baik dan cepat kepada semua warga Perhutanan dan orang awam.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Jabatan Perhutanan Negeri Johor yang telah memberikan sumbangan dan komitmen berterusan dalam usaha menuju kecemerlangan perkhidmatan yang diberi. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor, Semua Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan orang perseorangan di atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Selamat melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih.

ENCIK MOHD RIDZA BIN AWANG
Pengarah Perhutanan Negeri
Johor.

 
Penafian  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Peta Laman  |  Soalan Lazim  |  Bantuan Pengguna  |  Undian 
 Hakcipta Terpelihara (c) 2016 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ)
Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-266 7433   Faks: 07-266 1288   Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel.
 Tarikh Kemaskini:
18/11/2017
  
Statistik Pelawat:

54171