Langkah | Proses Kerja |
1a & 1b | Pengarah Perhutanan Negeri menyediakan pelan serta dokumen tender. |
2 | Tender dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri setelah sempadan kawasan untuk ditender siap disediakan dilapangan. Pihak-pihak yang mengambil bahagian dalam tender hendaklah:
|
3 | Tender ditutup. |
4 | Tender-tender dibawa untuk pertimbangan Jawatankuasa Penilaian Tender Negeri untuk mendapat keputusan. |
Langkah | Proses Kerja |
1 | Pengarah Perhutanan Negeri menyediakan pelan konsesi |
2 | Pengarah Perhutanan Negeri mengemukakan kertaskerja kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri atas cadangan untuk menandatangani perjanjian konsesi dengan pihak yang tertentu. |
3 | Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri memberi kelulusan. |
4 | Pengarah Perhutanan Negeri menyediakan dokumen perjanjian bersekali dengan pelan kawasan konsesi serta cadangan kup tahunan bagi pembukaan kawasan untuk diusahasilkan. |
5 | Dokumen perjanjian dikemukakan untuk semakan Penasihat Undang-Undang Negeri. |
6 | Pengarah Perhutanan Negeri membuat pindaan atas cadangan Penasihat Undang-Undang Negeri jika perlu. |
7 | Dokumen Perjanjian Konsesi ditandatangani diantara pihak Kerajaan Negeri dengan pemegang konsesi. |
8 | Pengarah Perhutanan Negeri mengeluarkan surat kelulusan kepada pemegang konsesi atas permohonan mengikut kup tahunan yang telah ditetapkan. |
Langkah | Proses Kerja |
1 | Pegawai Hutan Daerah menerima permohonan dari orang persaorangan atau syarikat untuk mendapat kawasan untuk diusahasil bersama dengan pelan kawasan. |
2 | Permohonan juga boleh diterima oleh Pengarah Perhutanan Negeri |
3 | Pengarah Perhutanan Negeri meminta laporan mengenai kawasan yang dipohon dari Pegawai Hutan Daerah. |
4 | Pegawai Hutan Daerah meminta Renjer Hutan berkenaan melawat serta memberi laporan mengenai kawasan yang dipohon sama ada yang diterima secara terus ataupun yang diterima melalui Pengarah Perhutanan Negeri. |
5 | Pegawai Hutan Daerah menyediakan laporan serta menerima laporan serta pandangan dari Renjer Hutan. |
6 | Pengarah Perhutanan Negeri menerima laporan dari Pegawai Hutan Daerah. |
7 | Pengarah Perhutanan Negeri membawa permohonan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri. |
8 | Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri membuat keputusan. |
9 | Pengarah Perhutanan Negeri mengeluarkan surat kelulusan kepada pemohon yang berjaya dan minta jelaskan bayaran-bayaran yang diperlukan. Pengarah Perhutanan Negeri juga memberi jawapan kepada mereka-mereka yang tidak berjaya. |
Langkah | Proses Kerja |
1 | Pengarah Perhutanan Negeri menerima bayaran dari bakal Pemegang Lesen. Bayaran yang dikenakan ialah:
|
2 | Pengarah Perhutanan Negeri mengarahkan Pegawai Hutan Daerah menyediakan lesen Borang 1. |
3 | Pegawai Hutan Daerah mengarahkan Renjer Hutan membersih, mengecat dan mengesahkan sempadan lesen , menanda blok tebangan, serta menyediakan Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan. |
4 | Renjer Hutan mengemukakan sijil kepada Pegawai Hutan Daerah. |
5 | Pegawai Hutan Daerah menyemak sijil. |
6 | Jika pembetulan perlu dibuat ianya dibuat. |
7 | Jika sijil tidak perlu pindaan, Pegawai Hutan Daerah mengedarkan format Rancangan Mengusahasil Hutan (RMH) kepada bakal Pemegang Lesen untuk disediakan. |
7a | Pegawai Hutan Daerah juga membekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh bakal Pemegang Lesen untuk menyediakan sebahagian dari RMH. |
8 | Pegawai Hutan Daerah juga mula menyediakan dokumen lesen. |
9a&9b | Pegawai Hutan Daerah menentukan kelarian Jalan Utama dan Jalan Sekunder serta tapak Matau Utama dan Kongsi. |
10 | Renjer Hutan menentukan samaada terdapat pokok yang perlu ditebang dalam menyediakan jalan dan tapak matau dan kongsi. |
11 | Jika terdapat pokok-pokok yang perlu ditebang, pihak Renjer Hutan mula menjalankan penandaan pokok jalan, matau dan kongsi serta menjalankan taksiran pampasan yang perlu dikenakan. |
12 | Pegawai Hutan Daerah menerima RMH dari bakal Pemegang Lesen. |
13 | Pegawai Hutan Daerah menyemak RMH. |
14 | Jika pindaan perlu dibuat kepada RMH ianya dilaksanakan. |
15 | Jika RMH lengkap , Pegawai Hutan Daerah memberi ulasan serta pandangan dan menandatangani RMH. |
16 | Dokumen lesen yang telah disediakan oleh Pegawai Hutan Daerah ditandatangani bersama-sama Pemegang Lesen, Kontraktor dan Kepala Hutan. |
17 | Renjer hutan mengemukakan laporan serta taksiran pampasan bagi jalan, tapak matau dan kongsi kepada Pegawai Hutan Daerah. |
18 | Pegawai Hutan Daerah mengarah Pemegang Lesen membuat bayaran yang telah ditetapkan. |
19 | Pegawai Hutan Daerah menerima bayaran dari Pemegang Lesen. |
20 | Pegawai Hutan Daerah menyediakan dokumen Permit Jalan dan dokumen Permit Penggunaan untuk tapak matau dan kongsi. |
21 | Pegawai Hutan Daerah menandatangani Permit Jalan. |
22 | Pegawai Hutan Daerah dan Pemegang Lesen menandatangani Permit Penggunaan untuk tapak Matau dan Kongsi. Kebiasaannya ianya dilakukan bersama dengan proses kerja 16. |
23 | Pegawai Hutan Daerah mengemukakan RMH, dokumen lesen, Permit Jalan, dan Permit Penggunaan kepada Pengarah Perhutanan Negeri. |
24 | Pengarah Perhutanan Negeri menerima serta menyemak RMH, dokumen lessen, Permit Jalan serta Pemit Penggunaan. |
25 | Jika perlu pinda, pindaan dibuat. |
26 | Jika tidak, Pengarah Perhutanan Negeri mendaftar serta menandatangani dokumen-dokumen tersebut. |
27 | engarah Perhutanan Negeri mengemukakan salinan-lasinan dokumen-dokumen yang dimaksudkan kepada Pegawai Hutan Daerah untuk diedarkan kepada Pemegang lesen serta pihak-pihak yang berkenaan. |
Langkah | Proses Kerja |
1 | Pengarah Perhutanan Negeri menerima bayaran dari Pemegang Lesen. Bayaran yang dikenakan ialah:
|
2 | Setelah bayaran diterima Pengarah Perhutanan Negeri mengarahkan Pegawai Hutan Daerah menyediakan lesen. |
3 | Pegawai Hutan Daerah mengarahkan Renjer Hutan berkenaan untuk membersih, mengecat dan mengesahkan sempadan kawasan lesen dan menyediakan Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan. |
4 | Renjer Hutan mengemukakan Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan kepada Pegawai Hutan Daerah. |
5 | Pegawai Hutan Daerah membuat semakan keatas sijil yang dikemukakan. |
6 | Jika perlu pembetulan, pembetulan dibuat. |
7 | Jika pembetulan tidak diperlukan, Pegawai Hutan Daerah menyediakan dokumen lesen. |
8 | Lesen ditandatangani oleh Pegawai Hutan Daerah, Pemegang Lesen, Kontraktor dan Kepala Hutan. |
9 | Pegawai Hutan Daerah mengemukakan dokumen lesen kepada Pengarah Perhutanan Negeri. |
10 | Pengarah Perhutanan Negeri menerima dan menyemak dokumen lesen. |
11 | Pengarah Perhutanan Negeri mendaftar serta menandatangani lesen. |
Langkah | Proses Kerja |
1 | Pengarah Perhutanan Negeri menerima bayaran dari Pemegang Lesen. Bayaran yang dikenakan ialah:
|
2 | Pengarah Perhutanan Negeri mengarahkan Pegawai Hutan Daerah menyediakan lesen Borang 3 mengikut Akta Perhutanan Negara 1984. |
3 | Pegawai Hutan Daerah mengarahkan Renjer Hutan membersih, mengecat dan mengesahkan sempadan kawasan lesen dan menyedia Sijil Akuan Pembersihan dan Pengesahan Sempadan. |
4 | Renjer Hutan mengemukakan sijil. |
5 | Pegawai Hutan Daerah menyemak sijil. |
6 | Jika pembetulan perlu dibuat, pembetulan dibuat. |
7 | Jika tidak perlu pembetulan, Pegawai Hutan Daerah menyediakan dokumen lesen. |
8 | Lesen ditandatangani oleh Pegawai Hutan Daerah dan Pemegang Lesen. |
9 | Pegawai Hutan Daerah mengemukakan dokumen lesen kepada Pengarah Perhutanan Negeri. |
10 | Pengarah Perhutanan Negeri menerima dan menyemak dokumen lesen. |
11 | Pengarah Perhutanan Negeri mendaftar dan menandatangani lesen. |
12 | Pengarah Perhutanan Negeri mengedar salinan-salinan lesen kepada Pegawai Hutan Daerah untuk diedarkan kepada Pemegang Lesen dan pihak-pihak yang berkenaan. |
Penafian | Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan Pengguna | Undian |
Hakcipta Terpelihara (c) 2018 Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) Tingkat 2, Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar 79660 Iskandar Putri, Johor Darul Takzim. Tel: 07-266 7433 Faks: 07-266 1288 Emel: webjpnjohor[at]forestry[dot]gov[dot]my Paparan terbaik menggunakan popular pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 x 800 piksel. |
Tarikh Kemaskini: 21/01/2021 |
Statistik Pelawat: 224416 |